Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

Lynn: apa rahsia teknik hebat membuat duit menggunakan e-bay tu pian?bagus ka tu?
joe byne: saya pun tak tau bah Rombi. lagipun banyak bah cerita pasal nunuk tagang ni..
rombituon: joe..ko tau ka apa2 buku penulisan ttg nunuk ragang?
pyan: RAHSIA TEKNIK HEBAT MEMBUAT DUIT MENGGUNAKAN E-BAY MALAYSIA DIBONGKAR!!!!HOTT!!!
LAPORAN PERCUMA!!!: Formula & Teknik Menjana Pendapatan RM500 Sehari Hanya Dirumah
Murut Pensiangan : buli tahan ...kalau ada masa tengok lah orang pensiangan di www.roziejumat.blogspot.com....kansayan...majulah KDM
joe byne: hello Yoku.. Itu info berdasarkan cerita rakyat. Menurut cerita lisan.. mana ada bahan penulisan dulu2 kawan... Menurut cerita Aki Turumpok @ Monumpok ini seorang anak bongsu adik lelaki mereka...si turumpok punya bahasa lembut seperti bahasa yg dusun pakai sekarang.. macam mana pun ini adalah cerita dan tiada sesiapa yg mengkaji ttg nya. Disebabkan ini cerita maka ia tak dapat diubah..pilihan yg saya dapat buat ialah mewarisi cerita dulu2 ini sahaja..
esuissefund: Nixonyap is the boss
yokubaiti: mana u dpt info tentang kimaragang from nunuk ragang?
joe byne: sudah bah saya jengok blog ko celborne..ha ha kopisanangan kio... avasi montok diau..
TWKL: Hei Joe, tolong kasi e-mail no handphone ko ke e-mail sia di tanakwaguh@yahoo.com
Celborne: Jangan lupa jengok blog sia aaa.
joe byne: aiya..gaman ko register saja sana kadazandusun tu ada function dia tu gaman...
joe byne: hai rotty pound..apa kabar ko?kita geng gia di kg attap ni kan..ha ha
sly_jimmy: gaman mcm nak register kat kadazandusun ni
rottypound: Hullo Joe, ada blog sudah ko aaa,..jangan lupa orang SAM Mansion......jangan lupa layari www.rottypound.blogspot.com - member ko di CC @ Plaza Warisan, KL
joe byne: Join kat sini bebe...
joe byne: Hello World!

Please type in the four characters shown in the black box.

Wednesday, January 30th 2008

5:28 PM

Hidup mewah ternak cacing

Hidup mewah ternak cacing

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

SHAH ALAM - Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti pembiakan cacing tanah pula.

Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab berkata, kegiatan itu hanya memerlukan modal rendah iaitu RM450 untuk sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang mengikut keluasan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh memperoleh benih cacing daripada syarikatnya di samping mendapatkan bimbingan dan nasihat. ''Setakat ini kami telah menghasilkan 30 usahawan bumiputera dalam kegiatan penternakan cacing secara komersial,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar penternakan cacing secara komersial yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Noorazimah Taharim di sini semalam.

Berhubung dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para petani yang mengeluarkan hasil produk masing-masing seperti baja organik boleh menjual kembali kepada syarikatnya atau wakil pemasaran yang dipilih sendiri.

Dalam pada itu, Noorazimah pula berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM14 juta dalam sektor pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing yang termasuk dalam sub sektor padi pada tahun ini.

1 Comment(s).

Posted by bushido:

ARTIKEL DARI MB SELANGOR
Selangor Mahu Jadi Negeri Pertanian "Sara Negara" - MB
http://www.mbselangor.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=817


Saturday, March 11 @ 11:25:20 MYT
SABAK BERNAM, 10 Mac (Bernama) -- Selangor mahu melaksanakan konsep pertanian "sara negara" bagi menjadi peneraju dalam sektor pertanian di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini.


"Petani di negeri ini rata-rata tidak lagi hidup di bawah paras kemiskinan jadi kita mahu menukar konsep pertanian sara diri kepada sara negara. Ini bererti petani kena meningkatkan kualiti dan jumlah produk sehingga mampu menyara keperluan makanan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabung Amanah Pengurusan Berpusat Padi Negeri Selangor di Pasir Panjang dekat sini.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi menubuhkan tabung amanah tersebut yang baru dimulakan tahun ini untuk membantu petani yang mengusahakan sawah padi secara berpusat.

Dr Mohamad Khir berkata sekiranya negara masih bergantung kepada import pertanian dari negara-negara jiran terutamanya padi dari Thailand, rakyat akan menghadapi masalah sekiranya sesuatu terjadi sehingga menyebabkan bekalan tidak dapat masuk ke dalam negara.

"Bayangkan sekiranya bekalan pertanian tidak dapat masuk ke Malaysia, kita akan hadapi masalah besar. Sebab itu kita perlu mewujudkan konsep sara negara melalui hasil pertanian dalam negara sendiri," katanya.

Ketika mengulas mengenai sistem pengurusan berpusat padi Selangor, Dr Mohamad Khir berkata kerajaan mulai sekarang akan membantu pengusaha sawah dalam skim pengurusan padi secara berpusat untuk mengusahakan aktiviti penternakan "cacing harimau" yang boleh membantu mereka menjimatkan kos penanaman padi.

Beliau berkata pembakaran jerami secara terbuka tidak akan dibenarkan sebaik sahaja program penternakan cacing harimau ini dilaksanakan di kesemua 36 pusat pengurusan padi di negeri itu
Wednesday, January 30th 2008 @ 8:09 PM

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see