Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

tindog: aluu pngerusi,,bgus jga blog ko ni..haha..
joe byne: saya update secara offline bah ni ha ha sebab saya sedang dalam penyusunan draft. kopivosian
ENUVUNG: TERUSKAN UPDATE
vian: apa khbar kmu bain???
jhans: HAI....BLOG KO INFORMATIF..SANGAT BAGUS..
Lynn: apa rahsia teknik hebat membuat duit menggunakan e-bay tu pian?bagus ka tu?
joe byne: saya pun tak tau bah Rombi. lagipun banyak bah cerita pasal nunuk tagang ni..
rombituon: joe..ko tau ka apa2 buku penulisan ttg nunuk ragang?
pyan: RAHSIA TEKNIK HEBAT MEMBUAT DUIT MENGGUNAKAN E-BAY MALAYSIA DIBONGKAR!!!!HOTT!!!
LAPORAN PERCUMA!!!: Formula & Teknik Menjana Pendapatan RM500 Sehari Hanya Dirumah
Murut Pensiangan : buli tahan ...kalau ada masa tengok lah orang pensiangan di www.roziejumat.blogspot.com....kansayan...majulah KDM
joe byne: hello Yoku.. Itu info berdasarkan cerita rakyat. Menurut cerita lisan.. mana ada bahan penulisan dulu2 kawan... Menurut cerita Aki Turumpok @ Monumpok ini seorang anak bongsu adik lelaki mereka...si turumpok punya bahasa lembut seperti bahasa yg dusun pakai sekarang.. macam mana pun ini adalah cerita dan tiada sesiapa yg mengkaji ttg nya. Disebabkan ini cerita maka ia tak dapat diubah..pilihan yg saya dapat buat ialah mewarisi cerita dulu2 ini sahaja..
esuissefund: Nixonyap is the boss
yokubaiti: mana u dpt info tentang kimaragang from nunuk ragang?
joe byne: sudah bah saya jengok blog ko celborne..ha ha kopisanangan kio... avasi montok diau..
TWKL: Hei Joe, tolong kasi e-mail no handphone ko ke e-mail sia di tanakwaguh@yahoo.com
Celborne: Jangan lupa jengok blog sia aaa.
joe byne: aiya..gaman ko register saja sana kadazandusun tu ada function dia tu gaman...
joe byne: hai rotty pound..apa kabar ko?kita geng gia di kg attap ni kan..ha ha
sly_jimmy: gaman mcm nak register kat kadazandusun ni
rottypound: Hullo Joe, ada blog sudah ko aaa,..jangan lupa orang SAM Mansion......jangan lupa layari www.rottypound.blogspot.com - member ko di CC @ Plaza Warisan, KL
joe byne: Join kat sini bebe...
joe byne: Hello World!

Please type in the four characters shown in the black box.

Wednesday, April 4th 2007

6:56 PM

13 termasuk empat pelajar ditahan ceroboh akaun bank

13 termasuk empat pelajar ditahan ceroboh akaun bank
11th October 2006 (Utusan Malaysia)
http://www.niser.org.my/news/2006_10_11_03.html

By NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Empat pelajar universiti, didalangi anak seorang pegawai tinggi kerajaan diberkas setelah terlibat dalam kegiatan mencipta laman web palsu bank-bank tempatan untuk mencuri maklumat pelanggan sebelum mengeluarkan wang mereka.

Empat pelajar itu adalah antara 13 orang yang ditangkap kerana terbabxt dalam kegiatan jenayah siber terbabxt.

Modus operandinya begini: Sindiket menghantar e-mel kepada pelanggan bank dan meminta mangsa mengemas kini maklumat akaun bank mereka.

Mereka kemudian meminta mangsa klik pada satu pautan yang tertera di e-mel tersebut kononnya bagi tujuan mengemaskinikan akaun simpanan mereka.

Setelah klik pada tautan itu, mereka disuruh memasukkan nama pengguna dan kata laluan tanpa menyedari laman web tersebut sebenarnya palsu.

Maklumat yang diisi itu akan disimpan secara automatik dalam data yang dicipta sindiket itu, seterusnya memudahkan mereka mengakses akaun bank mangsa dan memindahkan semua wang milik mangsa.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Asisten Komisioner Ismail Yatim memberitahu, mereka ditahan dalam beberapa serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersilx (JSJK) di Kelantan, Selangor dan ibu negara.

‘‘Siasatan awal polis menunjukkan mereka bukan sahaja telah mencipta laman web perbankan Internet tetapi juga didapati telah terlibat dalam kes pencerobohan serta penipuan akaun bank milik orang lain,’’ katanya pada sidang akhbar di Jabatan Siasatan Jenayah Komersilx, Bukit Perdana di sini, hari ini.

Menurutnya, kerugian yang dilaporkan setakat ini ialah sebanyak RM36,000.

Tambah Ismail, pihaknya menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana kegiatan penipuan seperti ini semakin berleluasa.

‘‘Kita minta mereka yang menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan supaya jenayah ini dapat dikekang dengan segera,’’ katanya.

Sementara itu, Ismail turut mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna telefon bimbit supaya lebih berhati-hati kerana terdapat satu sindiket dipercayai memperdayakan mangsanya sehingga kerugian beribu-ribu ringgit.

Sindiket yang didalangi mereka yang pakar dalam komputer itu dikatakan telah memperdayakan beberapa mangsanya baru-baru ini.

‘‘Kita telah menerima laporan daripada beberapa mangsa dua hari lepas mengenai kegiatan sindiket ini.

‘‘Buat masa ini kita belum mengenal pasti suspek tetapi sedang menjalankan siasatan terperinci,’’ katanya.

Menurut Ismail, sindiket ini menjalankan kegiatan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa yang dipilih secara rawak dan menggunakan nama beberapa syarikat telekomunikasi terkenal.

‘‘Di dalam SMS yang dihantar kepada mangsanya sindiket ini memaklumkan kononnya mereka telah memenangi hadiah wang tunai dan meminta menghubungi suspek semula melalui nombor telefon yang diberi.

‘‘Apabila mangsa menghubungi suspek, mereka diminta supaya membuat pendaftaran nombor e-pin 123456 yang telah disediakan sindiket itu bagi akaun bank mereka kononnya untuk memudahkan proses pemindahan wang,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa yang terpedaya telah mendaftarkan nombor yang diberikan sindiket itu dengan harapan hadiah wang tunai yang dijanjikan akan dipindahkan ke akaun mereka.

‘‘Beberapa hari selepas itu mangsa pergi semula ke bank untuk memeriksa baki akaun simpanan tetapi terkejut kerana baki tidak bertambah sebaliknya berkurangan,’’ katanya.

Ismail memberitahu, pihaknya sedang menjalankan gerakan mengesan mereka yang terlibat dan percaya suspek tersebut pakar dengan penggunaan komputer.
0 Comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see