Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

Lynn: apa rahsia teknik hebat membuat duit menggunakan e-bay tu pian?bagus ka tu?
joe byne: saya pun tak tau bah Rombi. lagipun banyak bah cerita pasal nunuk tagang ni..
rombituon: joe..ko tau ka apa2 buku penulisan ttg nunuk ragang?
pyan: RAHSIA TEKNIK HEBAT MEMBUAT DUIT MENGGUNAKAN E-BAY MALAYSIA DIBONGKAR!!!!HOTT!!!
LAPORAN PERCUMA!!!: Formula & Teknik Menjana Pendapatan RM500 Sehari Hanya Dirumah
Murut Pensiangan : buli tahan ...kalau ada masa tengok lah orang pensiangan di www.roziejumat.blogspot.com....kansayan...majulah KDM
joe byne: hello Yoku.. Itu info berdasarkan cerita rakyat. Menurut cerita lisan.. mana ada bahan penulisan dulu2 kawan... Menurut cerita Aki Turumpok @ Monumpok ini seorang anak bongsu adik lelaki mereka...si turumpok punya bahasa lembut seperti bahasa yg dusun pakai sekarang.. macam mana pun ini adalah cerita dan tiada sesiapa yg mengkaji ttg nya. Disebabkan ini cerita maka ia tak dapat diubah..pilihan yg saya dapat buat ialah mewarisi cerita dulu2 ini sahaja..
esuissefund: Nixonyap is the boss
yokubaiti: mana u dpt info tentang kimaragang from nunuk ragang?
joe byne: sudah bah saya jengok blog ko celborne..ha ha kopisanangan kio... avasi montok diau..
TWKL: Hei Joe, tolong kasi e-mail no handphone ko ke e-mail sia di tanakwaguh@yahoo.com
Celborne: Jangan lupa jengok blog sia aaa.
joe byne: aiya..gaman ko register saja sana kadazandusun tu ada function dia tu gaman...
joe byne: hai rotty pound..apa kabar ko?kita geng gia di kg attap ni kan..ha ha
sly_jimmy: gaman mcm nak register kat kadazandusun ni
rottypound: Hullo Joe, ada blog sudah ko aaa,..jangan lupa orang SAM Mansion......jangan lupa layari www.rottypound.blogspot.com - member ko di CC @ Plaza Warisan, KL
joe byne: Join kat sini bebe...
joe byne: Hello World!

Please type in the four characters shown in the black box.

Wednesday, April 4th 2007

6:54 PM

Pemilik blog tidak ‘kalis’ undang-undang

  • Mood:

Pemilik blog tidak ‘kalis’ undang-undang
25th January 2007 (Berita Harian)
http://www.niser.org.my/news/2007_01_25_02.html

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak berpendapat tindakan undang-undang terhadap pengendali laman forum atau blog di internet, tidak akan menjejaskan hak kebebasan bersuara atau bermaklumat di negara ini.

Mereka berpendapat, tindakan itu malah dapat membantu memastikan pengendali laman forum atau blog supaya lebih bertanggungjawab terhadap kandungan bahan yang disiarkan bagi mengelak sebarang implikasi negatif.

Ia berikutan tindakan pengendali blog yang menyebarkan fitnah tanpa bukti kukuh boleh memberi implikasi negatif besar bukan saja kepada individu atau sesebuah organisasi, tetapi juga negara.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh, berkata sebarang bentuk sebaran fitnah sama ada dari segi percakapan atau penulisan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata, mangsa yang difitnah sendiri perlu membuktikan bahawa sebaran terbabxt mempunyai unsur fitnah sebelum proses pendakwaan di mahkamah boleh dibuat.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata tindakan undang-undang terhadap pengendali laman forum atau blog boleh dibuat kerana kebebasan bersuara bukan sesuatu yang mutlak dan perlu mempunyai had.

“Jika kebebasan bersuara sehingga menafikan hak orang lain, itu tidak betul dan dalam Islam sendiri, kesalahan memfitnah itu adalah lebih berat daripada membunuh,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemilik laman forum atau blog tidak bebas daripada dikenakan tindakan undang-undang serta harus bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan berpegang kepada dasar tidak menapis kandungan di internet, pengendali blog harus memahami ada undang-undang fitnah dan hasutan yang boleh dikuatkuasakan.

“Mereka tidak boleh menyembunyikan diri atau mengambil kesempatan melakukan sesuatu melanggar undang-undang. Mereka harus tahu dan tidak boleh melindungi serta berharap dilindungi dengan perlindungan tertentu.

Abdullah berkata, media sama ada cetak, elektronik dan internet termasuk pemilik laman blog mempunyai tanggungjawab dan beliau tidak mahu wujud kebebasan tanpa tanggungjawab kerana ia akan membawa kehancuran.

Perdana Menteri berkata demikian mengulas tindakan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan pegawai kanannya memfailkan saman fitnah terhadap Ahirudin Attan dan Ooi Chuan Aun berhubung beberapa artikel dalam laman blog mereka.

NSTP dan plaintif lain – Timbalan Pengerusinya, Datuk Kalimullah Hassan; Ketua Eksekutif, Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun dan bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Brendan Pereira, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 4 Januari lalu.

Mengikut laporan akhbar, kedua-dua saman fitnah itu dikemukakan berhubung beberapa artikel dan komen yang disiarkan atau dibenarkan untuk disiarkan oleh Ahirudin dan Ooi dalam laman blog masing -masing.

Sementara itu, seorang peguam, Hasnal Rezua Merican berkata, pengendali blog tidak boleh berpendirian bahawa mereka beroperasi dengan mendapat kebebasan mutlak tanpa mengendahkan undang -undang negara.

“Ia sama dengan penulis buku yang masih tertakluk kepada Akta Fitnah. Ini tidak bermakna, kalau disaman kerana melanggar undang -undang mreka boleh mempertikaikan kononnya ia melanggar hak kebebasan bersuara,” katanya.

Beliau berkata, kalau pengendali blog meminta imuniti seperti itu atas nama kebebasan bersuara, ia boleh menyebabkan penyebaran fitnah berleluasa seterusnya mencetus pelbagai masalah.

0 Comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see